Tuesday, May 4, 2010

hello..

Blog ini ibu dedicatedkan utk my son Mohammad Zayyad Aisy yg sgt suka masak.. since dr kecil umo 1 tahun lebih Aisy dah tunjuk minat pada memasak.. huhu sungguh cute tp syg takde bukti bergambar Aisy suka masak time tu.. ;-)

Time tu tinggal menyewa di Kuantan, Aisy suka menangis n tak mau keseorangan jd walau kemana ibu pergi terpaksala dukong Aisy.. bila time memasak lgla parah.. takkan nak masak sambil dukongkan.. nak tinggalkan Aisy atas kerusi.. dan mata ibu tak setentang dgn Aisy.. huhu kompem menangisla ini budak.. jdnya sebagai solution ibu letakkan Aisy atas kitchen worktop.. memg bahaya sbb sebelahnya adelah dapur memasak, tp nasib baik Aisy jenis memahami.. pisau yg tajam, api yg panas, so Aisy akan dok diam2 sambil pandang apa yg ibu masak..

tapi budak kecikkan.. mana boleh diam lama2 mulalah nak tolong2 n sebagai ibu yg adventure.. (huhu adventure ke??) ibu akan benarkn Aisy tolong sama.. tapi goreng ikan, goreng apa2 yg bahaya ibu tak bagi tau.. yg ibu bagi tolong masak sop, gulai n etc yg berkuah la.. sbb Aisy masa tu baru 1taun..

Ibu benarkan Aisy tolong ibu sbb ibu yakin Aisy boleh buat.. Aisy tolong taburkan garam, tuang kicap2, kacau lauk dlm gulai/sop.. Aisy tolong ibu tekankn blender..
bila masak makaroni.. ibu kasi aisy goreng butter n makaroni lepastu tabur cheese n kacau2.. huhu Aisy suka sgt bila dpt buat semua tu..

bila aisy dah 2 tahun aisy lg cekap.. mulalah sop ibu masak pun aisy nak tambah kicap.., ayam goreng kunyit aisy tambah bayam.. huhu bila ibu ckp tak boleh.. aisy marah2 n cakap boleh.. n last-last ibu layan ajer.. huhu tengok ni.. bukti ibu manjakan Aisy sgt..

sekarang nih Aisy dah 3 tahun 8 bulan, dah makin matang n ada ciri seorg abg.. dah macam2 masakan Aisy tolong ibu.. wat kek.. masak lauk.. n makaroni kegemaran Aisy..
tp sampai sekarang Aisy belum pegang pisau.. ibu risau pisau akan melukakan jari kecil anak ibu kerana sepanjang Aisy memasak dgn ibu belum pernah lg aisy melecur @ luka..

Semalam ibu terharu sgt.. bila Aisy ckp.. Aisy nak masak berdua aje dgn CikNa.. takmahu ibu tolong sbb Aisy nak kasi ibu 'terkejut' hahaha surprisekan.. seusia 3 tahun 8 bulan nih dah pandai nak bg ibu 'terkejut' :-)

tq my dear Aisy... mulai hari ini.. blog ini akan ibu khaskan tuk xtvt memasak Aisy yer.. dan ibu yakin satu hari nnt Aisy pasti membaca blog ni..

No comments:

Post a Comment